Di tengah-tengah bandar yang sibuk, kelihatan seorang lelaki jauh di atas pentas dewan yang besar dan gemilang sedang berhujah dan berkongsi ilmu, semangat dan pengalaman di hadapan ratusan orang yang khusyuk mendengar dan memerhati setiap perkataan dan gambar yang yang ditunjukkan dan dikongsi oleh insan tersebut. Perkataan yang keluar dari bibirnya memberikan impak yang besar bagi diri seseorang yang melalui cabaran dan dugaan hidup yang tinggi kerana perkara yang disebutkan itu memberi azimat, pengalaman dan pengajaran serta panduan bagi mereka yang mendengar menempuh kehidupan menjadi seseorang yang berjaya di dunia dan akhirat...
Lelaki yang sederhana tinggi dan tidak kurus dan gemuk jauh di depan itu sedang rancak berkongsi dan bercerita kepada hadirin yang berada di dewan. Suaranya ada kalanya tinggi dan adakalanya rendah membuatkan orang yang mendengar khusyuk dan sekali sekala ketawa kerana lucu dan gembira....
Sedang khusyuk mendengar ceramah dan celoteh lelaki tersebut yang dikenali sebagai Faizul,tiba-tiba seorang hadirin bangun dan bertanya kepadanya...Bolehkah abg ceritakan dari awal perjalanan hidup abg sehingga abg telah berjaya menjadi sebegini?
Faizul terdiam sejenak...seluruh dewan menjadi senyap sehinggakan sekeping kertas yang jatuhpun dapat didengari...Setiap yang duduk dalam dewan berdebar-debar menunggu Faizul membuka mulut...
Faizul kelihatan berjalan turun dari pentas sambil memegang microphone menuju ke arah hadirin...
Sambil tersenyum...dia berkata...saya tak akan menghampakan permintaan kamu semua agar kamu juga mampu menghadapi segalanya...
Setiap mata tertumpu ke wajah Faizul, jejaka yang cerah, suka tersenyum dan sopan gerak gerinya...
Faizul pun memulakan kisah perjalanan hidupnya....
No comments:
Post a Comment