Friday 23 September 2011

Exam hampir tiba....

Lebih kurang seminggu lagi para pelajar form3 akan menduduki PMR....dan beberapa minggu lagi form 5 akan menduduki SPM...sudah pasti setiap pelajar berasa cemas, risau, gelisah dan pelbagai perasaan lagi dalam menghadapi peperiksaan ini...perasaan begitu ada baiknya kerana ia kan membuatkan diri bersedia dan melihat segala kekurangan yang ada untuk diperbaiki bagi menghadapi peperiksaan tersebut...
perkara pertama yang perlu diketahui oleh pelajar ialah adakah segala persiapan telah dilakukan?dah cover semua subjek?aku dah bersedia ke belum?
semua persoalan ini bermain di fikiran dan boleh menimbulkan perasaan gelabah...
oleh itu, dalam masa yang terdekat ini, teknik belajar yang betul perlu dilakukan...tanya lah kepada mereka yang telah berjaya apakah cara terbaek untuk study dalam masa yang singkat ini utk berjaya dalam pmr atau spm...

para pelajar perlu memastikan bahawa diri telah bersedia dalam beberapa aspek iaitu:
1. spiritual
2. mental/emosi
3. akademik
4. fizikal

namun, aspek spiritual dan mental merupakan aspek yang paling penting kerana jika aspek ni tidak berjaya di penuhi, sejauh mana ulangkaji dan belajar pun, kemungkinan tak leh jawab soalan exam akan ada...ini kerana,pelajar mungkin berasa dah study habis-habisan tetapi jika tidak berdoa,bertawakkal dan hati serta mental tak kuat, pelajar akan blank,resah,gelisah dan gelabah masa menghadapi exam....jika ini berlaku, sudah pasti pelajar takkan dapat menjawab soalan dengan tepat...oleh itu, kuatkan lah aspek spiritual dan mental pelajar sekalian...
saya pasti pelajar sedang bertungkus lumus study dan insya Allah ilmu tu akan difahami tetapi pelajar perlu memantapkan aspek kerohanian iaitu solat jgn ditinggalkan, membaca Al-Quran dan beroda serta bertawakkal lah banyak2...bila Allah dengar permintaan kita, kita akan berasa tenang dan hati berasa lapang sepanjang exam maka bolehlah menjawab soalan dengan tepat...Insya Allah...
Segala-galanya Allah yang akan tentukan...

Ingatlah formula ini

DOA+USAHA+TAWAKKAL= KECEMERLANGAN HIDUP



D'Fir

Tuesday 20 September 2011

antara dua simpang....

membuat pilihan salah satu antara dua merupakan sesuatu yang amat sukar pada kebanyakan waktu...keadaan ini lebih sukar jika pilihan tersebut melibatkan perasaan, emosi dan nafsu...
ramai di kalangan adik-adik remaja yang keliru, confuse dan gagal membuat keputusan yang bijak dan tepat dalam keadaan ini...
berawek dan berbalak merupakan trend yang semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar sekolah....mereka mula berpasangan seawal form 1....
kebanyakan mereka berkapel kerana kononnya sunyi dan nakkan pembakar semangat...sedangkan mereka lupa orang yang sentiasa memberikan semangat di sisi mereka setiap waktu iaitu emak dan ayah serta keluarga mereka..ada yang sampai sanggup mengenepikan mak ayah kerana terlalu kemaruk dan sangap dengan kapel..
apa yang dinasihatkan oleh ibu bapa dan keluarga ditolak bulat2 kerana seorang kapel...walhal perkara tersebut terang2 tak mendatangkan faedah...
ada di antara mereka yang lupa tujuan asal ke sekolah dan asrama...ibu bapa berhempas pulas mencari sesuap rezeki tapi mereka ber enjoy2 dgn kapel...bila diminta oleh ibu bapa atau adik beradik supaya clash dgn kapel pada usia seawal 13 14 tahun....mereka amat sukar membuat keputusan...mereka mengatakan ibu bapa dan keluarga tak paham perasaan mereka,mengongkong mereka dan menolak terus terang ibu bapa dan adik beradik mereka kerana lebih pentingkan kapel yang blom pasti masa depan masing2....
ini sentiasa menjadi dilema kepada pelajar sekolah sama ada pilih simpang meneruskan berkapel atau meninggalkan kapel demi utk belajar dan mengejar cita2 serta masa depan....
utk membuat jawapan dalam hal ni mudah sgt tapi mereka susahkannya kerana terlalu mengikut nafsu....
pikir2 kan laaa

Dr Fir

Saturday 3 September 2011

Blog Coverpage

Assalamualaikum...alhamdulillah akhirnya saya dapat create satu blog saya sendiri...melalui blog ini dapatlah saya berkongsi dan bertukar-tukar ilmu,idea,pendapat,pandangan dan apa saja dengan semua rakan dan pembaca...dengan title Beyond the mind, saya mengajak semua pembaca dan rakan memberikan input dan apa saja dalam blog saya ini bukan hanya sekadar in the mind tetapi beyond the mind iaitu di luar jangkauan minda...thinking forward dan creative...
Insya Allah melalui blog ini pelbagai perkara kita dapat kongsikan dan sebagainya...ramai2 lah add/like/fan ape2 aje lah dgn blog saya ini....
Jadikanlah blog saya ini sesuatu kewajipan untuk dibuka oleh setiap rakan saya dan pembaca...kalu tak buka sehari rase rugi giler...hehehehe..jadikanlah blog ini sebagai blog rekreasi dan santaian setiap pembaca...

Selamat berblog...