Tuesday, 20 September 2011

antara dua simpang....

membuat pilihan salah satu antara dua merupakan sesuatu yang amat sukar pada kebanyakan waktu...keadaan ini lebih sukar jika pilihan tersebut melibatkan perasaan, emosi dan nafsu...
ramai di kalangan adik-adik remaja yang keliru, confuse dan gagal membuat keputusan yang bijak dan tepat dalam keadaan ini...
berawek dan berbalak merupakan trend yang semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar sekolah....mereka mula berpasangan seawal form 1....
kebanyakan mereka berkapel kerana kononnya sunyi dan nakkan pembakar semangat...sedangkan mereka lupa orang yang sentiasa memberikan semangat di sisi mereka setiap waktu iaitu emak dan ayah serta keluarga mereka..ada yang sampai sanggup mengenepikan mak ayah kerana terlalu kemaruk dan sangap dengan kapel..
apa yang dinasihatkan oleh ibu bapa dan keluarga ditolak bulat2 kerana seorang kapel...walhal perkara tersebut terang2 tak mendatangkan faedah...
ada di antara mereka yang lupa tujuan asal ke sekolah dan asrama...ibu bapa berhempas pulas mencari sesuap rezeki tapi mereka ber enjoy2 dgn kapel...bila diminta oleh ibu bapa atau adik beradik supaya clash dgn kapel pada usia seawal 13 14 tahun....mereka amat sukar membuat keputusan...mereka mengatakan ibu bapa dan keluarga tak paham perasaan mereka,mengongkong mereka dan menolak terus terang ibu bapa dan adik beradik mereka kerana lebih pentingkan kapel yang blom pasti masa depan masing2....
ini sentiasa menjadi dilema kepada pelajar sekolah sama ada pilih simpang meneruskan berkapel atau meninggalkan kapel demi utk belajar dan mengejar cita2 serta masa depan....
utk membuat jawapan dalam hal ni mudah sgt tapi mereka susahkannya kerana terlalu mengikut nafsu....
pikir2 kan laaa

Dr Fir

No comments:

Post a Comment