Sunday 3 May 2015

Myvi dan 3 nyawa yang melayang....

kejadian kemalangan yang melibatkan kematian sepasang suami isteri dan seorang bayi serta menjadikan 2 kanak-kanak anak yatim piatu di KL baru-baru ini amat menyedihkan...kemalangan yang dikatakan berpunca daripada perlumbaan kereta Myvi ini telah mencetuskan kemarahan dan tidak puas hati masyarakat...
Kemalangan jalan raya mengakibatkan ramai yang terbunuh, cedera parah dan sakit...boleh dikatakan, setiap hari di hospital pasti ada pesakit yang datang sebab kemalangan jalan raya terutamanya golongan motosikal. yang menyedihkan golongan motosikal ini bdk2 muda lagi yang amat bernilai dan penting untuk bekerja dan produktiviti maasyarakat dan negara...
Kadang2, kemalangan tu bukan disebabkn orang yang memandu kenderaan tu sendiri,pemandu dah bawak kereta elok2 tetapi orang lain lak yang bawak kenderaan x berhati2 sehingga melanggar dan melibatkan kita dalam kemalangan tersebut, saya beberapa kali terlibat dalam situasi ini...dan kemalangan yang melibatkan Myvi dan kehilangan jiwa ini amat menyedihkan...
persoalannya, kat mana silapnya?
banyak faktor sebenarnya tapi yang penting adalah sikap yang membawa kenderaan sendiri tak kesahlah kereta ke moto ke lori ke basikal ke....kalau setiap orang bawak kenderaan tu memikirkan keselamatan diri dan orang laen semasa memandu pasti perkara ini dapat dielakkan...bile bawak kenderaan tu kite pikirkan orang2 laen yang di sekeliling kita tu keluarga kita yang kita tak nak mereka pun kemalangan apalagi terkorban...
Jom kita same2 bersopan santun masa bawak kenderaan...
bila bawak kenderaan, anggaplah orang2 laen yang di sekeliling kita tu mak ayah dan keluarga kita sendiri yang pasti kita tak nak terjadi apa2 kat diri mereka...
Kita boleh lakukan perubahan positif tu ok!