Wednesday 30 March 2016

Usia Remaja tak ternilai

Setiap manusia akan melalui zaman remaja. zaman remaja merupakan usia dari 10 sehingga 19 tahun. Selepas tu, seseorang itu digelar belia.

Banyak suka duka dan cabaran sepanjang melalui zaman remaja ni. Setiap aspek kehidupan penuh dengan rintangan dan cabaran..Namun, adik2 sekalian perlulah mempunyai hati dan jiwa yang kuat untuk berhadapan dan mengatasi masalah ini.

Tidak ada masalah dan cabaran yang tidak boleh diatasi..yang penting adik2 semua perlu kawal emosi, tenang dan rapatlah dengan orang yang lebih matang...adik2 akan dapat melaluinya...

dari aspek kesihatan, seseorang remaja itu perlulah sihat dalam 5 perkara ini:

Sihat Fizikalnya ----> tak berpenyakit

Sihat Mentalnya -----> tak stress, murung dan lain-lain


Sihat dari aspek Seksual dan Reproduktif -----> tak buat seks bebas dan luar nikah


Pemakanan yang sihat----> makan mengikut kuantiti dan zat makanan yg betul...bukan main sebat je hahaha


Sihat daripada tingkah laku berisiko tinggi----> tak merokok, tak vape, tak minum arak, tak main dadah, tak merempit dan lain2 lagi....



Oleh itu, hargailah masa usia remaja dan gunakanlah sebaik mungkin zaman remaja adik2 sekalian...

Remaja Sihat dan Sado! hehehe...

Salam sayang...

Abg Fiq

Wednesday 9 March 2016

Sado trend jejaka masa kini...

Kalau kita pergi ke mana-mana, pasti akan kelihatan at least sorang lelaki sado...
menjadi seorang lelaki sado ibarat dah menjadi seperti matlamat setiap lelaki masa kini lagi2 golongan muda... malah remaja di sekolah pun berlumba2 nak jadi lelaki sado...
ramai lelaki yang sanggup mengeluarkan duit dan menghabiskan masa di gym atau tempat rekreasi untuk membentuk badan mereka menjadi sado dan taf...

Bila jumpa budak2 muda sekarang, diorang selalu tanya cam ne nak jadi sado?
soalan yang biasa yang saya dengar...

bila tanye nape nak jadi sado? diorang jawab, baru nampak smart..tak kurang gak kate jadi sado nanti awek ramai nak kat kite...

macam2 la korang ni hahhahaha

budaya lelaki sado semakin menjadi trend zaman sekarang sehingga baju2 khas direka untuk golongan lelaki sado...

budaya menjadi sado ni bagus sebenarnya kerana ini membuatkan diri seseorang itu aktif bersukan dan akhirnya badan menjadi sihat cergas dan kuat. budaya ini yang kita inginkan dalam masyarakat malaysia ini...

nak jadi sado no problem tapi ingat, pastikan cara nak jadi sado itu betul.
jangan terlalu taksub dan kejar nak cepat jadi sado sehingga diri yang terkorban sebab cara yang salah. ramai gak yang ambil macam2 supplement dan hormon untuk jadi sado cepat...ada sebahagian supplement dan hormon yang terdapat di pasaran ini tak sepatutnya di ambil kerana boleh membahayakan kesihatan...

so jadilah sado dengan cara natural dan original iaitu dengan tidak mengambil supplement tapi makan makanan biasa mengikut kuantiti yang sepatutnya...

Jangan marah hahahaha

teruskan jadi sado okeyh!


Sunday 3 May 2015

Myvi dan 3 nyawa yang melayang....

kejadian kemalangan yang melibatkan kematian sepasang suami isteri dan seorang bayi serta menjadikan 2 kanak-kanak anak yatim piatu di KL baru-baru ini amat menyedihkan...kemalangan yang dikatakan berpunca daripada perlumbaan kereta Myvi ini telah mencetuskan kemarahan dan tidak puas hati masyarakat...
Kemalangan jalan raya mengakibatkan ramai yang terbunuh, cedera parah dan sakit...boleh dikatakan, setiap hari di hospital pasti ada pesakit yang datang sebab kemalangan jalan raya terutamanya golongan motosikal. yang menyedihkan golongan motosikal ini bdk2 muda lagi yang amat bernilai dan penting untuk bekerja dan produktiviti maasyarakat dan negara...
Kadang2, kemalangan tu bukan disebabkn orang yang memandu kenderaan tu sendiri,pemandu dah bawak kereta elok2 tetapi orang lain lak yang bawak kenderaan x berhati2 sehingga melanggar dan melibatkan kita dalam kemalangan tersebut, saya beberapa kali terlibat dalam situasi ini...dan kemalangan yang melibatkan Myvi dan kehilangan jiwa ini amat menyedihkan...
persoalannya, kat mana silapnya?
banyak faktor sebenarnya tapi yang penting adalah sikap yang membawa kenderaan sendiri tak kesahlah kereta ke moto ke lori ke basikal ke....kalau setiap orang bawak kenderaan tu memikirkan keselamatan diri dan orang laen semasa memandu pasti perkara ini dapat dielakkan...bile bawak kenderaan tu kite pikirkan orang2 laen yang di sekeliling kita tu keluarga kita yang kita tak nak mereka pun kemalangan apalagi terkorban...
Jom kita same2 bersopan santun masa bawak kenderaan...
bila bawak kenderaan, anggaplah orang2 laen yang di sekeliling kita tu mak ayah dan keluarga kita sendiri yang pasti kita tak nak terjadi apa2 kat diri mereka...
Kita boleh lakukan perubahan positif tu ok!

Tuesday 14 April 2015

Walk alone...

Seseorang yang berdiri dan struggle for the best dan for the right akan keseorangan dan bersendirian...Setiap orang akan begitu...Itulah lumrah seseorang yang struggle, berjuang dan berusaha for the right...
Itulah lumrah hidup yang telah Allah tetapkan...
Tapi realitinya nampak keseorang tetapi hakikatnya tidak keseorangan kerana Allah sentiasa bersama...
Tatkala Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi dalam gua masa dikejar kafir quraisy dalam perjalanan berhijrah....Rasulullah berkata; jangan bersedih dan takut, sesungguhnya Allah bersama kita...
Sabarlah dan tabahlah wahai hati2 yang berjuang dan terasa keseorangan...
Love u Tun M...

Hidup makin mencabar

Kehidupan pada masa ini amat mencabar sama sekali lebih-lebih lagi bagi orang-orang muda...
Pendapatan yang cukup2 makan ditekan lagi dengan harga barang yang semakin naik amat menekan hidup kita...
hidup diu bandar lagi teruk, sewa bilik aje dah RM 350 sebulan paling kurang...minyak motor dan kereta lagi dan jalan aje ke mana2 banyak yang kena tol..
itu belum lagi soal makan dan minum serta belanja pakaian dan keluarga...memang amat mencabar...
ini pasti memberikan tekanan kepada kita semua malah jalan penyelesaian nampaknya tiudak kelihatan...apa nak buat?
saya dan yang lain2 amat merasakan perkara ini...

namun, kita kena sentiasa kuat dan cekal...yang paling penting kita kene kawal dan handle emosi dan mental kita supaya x dapat masalah darah tinggi atau sakit mental sebab tekanan ni...

langkah pertama kita kene cool dan senyum selalu...lepas kan stress tu dgn berbual dgn ahli keluarga atau rakan2.. solat dan doa banyak2 pada Allah..
kedua...pastikan setiap hari buat senaman, jogging, main bar atau maen gym hehehehe...
ketiga barulah pikir cam ne nak selesaikan cabaran2 hiudup yang menekan nie...
yang penting mental dan emosi kita kene setel dulu...kalu x setel memang x dapat aa nak handle dan selesaikan cabaran2 nie...

sharing is caring :)

Sayang korang

Dr Fiq

Monday 25 August 2014

Di penghujung Aidilfitri....

Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung Aidilfitri...
Alhamdulillah kita dapat berpuasa selama sebulan dan dapat meraikan hari raya selama sebulan...
amat besar nikmat yang Allah bagi dan sepatutnye kite sentiasa bersyukur...

Saya rase semua dah mula balik kepada rutin aktiviti harian masing-masing selepas bulan pose...
Selagi kita diberikan kekuatan dan kesihatan yang bagus oleh Allah kita belajar lah rajin2...keje laah rajin2 dengan penuh tekun dan amanah serta kita buatlah aktiviti sihat sepanjang hidup kita....

Kesihatan merupakan perkara amat penting dalam hidup kita...
maka jagalah kesihatan kita dengan mencegah daripada melakukan perkara2 yang boleh mendatangan penyakit...Amalkan Gaya Hidup Sihat cam kat bawah nie...

1. Makanlah makanan yang penuh zat dan khasiat, kurangkan makanan dan minuman manis, bergula dan berlemak....banyakkan makan ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran...
2. Minum air kosong sekurang2 nya 8 gelas sehari...
3. Buatlah senaman sekurang2 kurang 3 kali seminggu...berjoging atau berjalan selama 30 minit...
4. elakkan diri daripada stress...enjoy yourself dan releasekan tensyen dgn cara yang sepatutnya...
5. jaga kesihatan minda dgn jauhkan diri dari benda2 yang serabutkan kepala...


Workout tiap2 hari keyh...

:)

Thursday 10 July 2014

Israel Laknatullah buat perangai lagi...

Berita tentang rakyat Islam Palestin dibunuh dengan senjata peperangan oleh tentera Israel amat menyedihkan dan membangkitkan kemarahan umat Islam....
Satu demi satu nyawa tak bersalah terkorban dari umur kanak-kanak sehinggalah orang tua...
Perbuatan pembunuhan ini amat terkutuk tapi dilakukan terang-terangan...
Dunia hanya mampu melihat dgn perassaan penuh simpati tanpa mampu melakukan apa2
Mana Amerika??mana England?? merekalah orang yang hebat memperjuangkan kedamaian dan anti keganasan tetapi keganasan yang berlaku di Palestin macam mane plak?
Jelas dan nyata inilah tujuan Yahudi yang ingin membunuh umat Islam di Palestin malah ingin menghapuskan umat Islam di dunia...

Allah telah mengingatkan banyak kali dalam Surah Al-Baqarah bahawa tidak akan sesekali orang Yahudi meredhai/menyukai umat Islam sehingga lah orang Islam mengikut agama mereka...
Peringatan Allah ini amat jelas...maka rundingan demi rundingan atau ape sekali usaha yang diadakan dgn Yahudi tidak akan berjaya sehinggalah kita mengikut apa yang mereka nak...ini peringatan Allah....

Mana datangnya Yahudi ni...bacalah sejarah orang Yahudi nie....
Secara ringkas...Allah telah menceritakan sifat dan sikap serta perangai teruk orang Yahudi ini dalam Al-Quran...
Semasa nabi Musa (maaf kalau silapp sebab tak pasti sgt) mengajak mereka orang Yahudi bersama-sama memasuki baitulmaqdis, mereka dgn takburnya berkata masuklah ko dan tuhan ko ke dalam negara tu dan kami (orang Yahudi) tak akan masuk negara tu dan akan stay berada di sini....Justeru, Allah melarang mereka masuk ke dalam baitulmaqdis...secara ringkas mereka ini tak ade tanah air kerana sikap kerek dan takbur mereka...tapi sekrang sibuk nak rampas Palestin dari orang Islam!!!mendakwa tanah tu mereka yang punya...apa2 pun balik pada sejarah....

Oleh itu, marilah kita sama2 baca sejarah Yahudi dan Palestin ni supaya kita paham ape yg sebenarnye berlaku...
Marilah kita sama2 mendoakan agar Allah menurunkan pertolongan dan tentera Nya kepada umat Islam di Palestin....

Ameen...