Monday 25 August 2014

Di penghujung Aidilfitri....

Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung Aidilfitri...
Alhamdulillah kita dapat berpuasa selama sebulan dan dapat meraikan hari raya selama sebulan...
amat besar nikmat yang Allah bagi dan sepatutnye kite sentiasa bersyukur...

Saya rase semua dah mula balik kepada rutin aktiviti harian masing-masing selepas bulan pose...
Selagi kita diberikan kekuatan dan kesihatan yang bagus oleh Allah kita belajar lah rajin2...keje laah rajin2 dengan penuh tekun dan amanah serta kita buatlah aktiviti sihat sepanjang hidup kita....

Kesihatan merupakan perkara amat penting dalam hidup kita...
maka jagalah kesihatan kita dengan mencegah daripada melakukan perkara2 yang boleh mendatangan penyakit...Amalkan Gaya Hidup Sihat cam kat bawah nie...

1. Makanlah makanan yang penuh zat dan khasiat, kurangkan makanan dan minuman manis, bergula dan berlemak....banyakkan makan ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran...
2. Minum air kosong sekurang2 nya 8 gelas sehari...
3. Buatlah senaman sekurang2 kurang 3 kali seminggu...berjoging atau berjalan selama 30 minit...
4. elakkan diri daripada stress...enjoy yourself dan releasekan tensyen dgn cara yang sepatutnya...
5. jaga kesihatan minda dgn jauhkan diri dari benda2 yang serabutkan kepala...


Workout tiap2 hari keyh...

:)

No comments:

Post a Comment