Monday 13 May 2013

Hari Guru datang lagi...

16 Mei setiap tahun merupak hari guru...banyak jasa yang telah guru2 kite bg kat kite...hargai lah jasa guru anda....jangan lupa ucap selamat hari guru kat ckg2 cikgi korang sume...


Sunday 12 May 2013

Sambungan Siri 1

Di sebuah klinik di tengah2 satu bandar kedengaran suara tangisan seorang bayi yang baru dilahirkan...kelahiran bayi tersebut disambut dengan kegembiraan dan doa...
Kelahiran bayi yang terakhir dan bongsu itu memberikan kegembiraan kepada keluarga...bayi tersebut dijaga dengan penuh kasih sayang daripada Mak Yah dan Pak Mat...Ramai yang datang melihat anak mereka dan salah seorang nye adalah seorang kawan Pak Mat iaitu seorang ust...apabila die melihat bayi tersebut,kelihatan die memegang dada dan mulut terkumat kamit membaca sesuatu dan diusapnye dahi bayi tersebut serta berkata sesuatu kepada mak yah dan pak mat....
Bayi tersebut dibesarkan oleh kedua-dua orang tua itu dalam keadaan kemampuan mereka serta penuh kasih sayang dan didikan...

Ayah aku seorang pesara dan mak aku seorang suri rumah...tanggungan ayah aku agak besar sehingga membuatkan kehidupan kami sekeluarga agak sempit...setiap perbelanjaan perlu berjimat dan banyak benda hanya mampu dipandang tanpa mampu dimiliki...
mak aku buat kuih muih dijual di pasar, jahit baju dan jual pinggan mangkuk bagi menambah pendapatan...
mak jual kuih raya juga...
sejak aku di sekolah rendah,mak ayah aku menasihatkan aku untuk belajar bersungguh-sungguh...
aku pun belajar dengan tekun sejak darjah 1 dan aku mendapat keputusan akademik yang baik...
aku dapat merasakan kesusahan keluarga bertungkus lumus menyara kehidupan kami dan  peluang untuk aku berjaya aku tak sia-sia kan...
sejak kecil,aku mendapat bimbingan dan nasihat dari mak,ayah akak dan abang abang...mereka banyak memberikan semangat dan panduan kehidupan kepada aku...

Aku melangkah ke alam sekolah menengah,alam remaja aku ditempuh dengan penuh kecekalan...
aku berkenalan dengan kawan-kawan baru di sekolah...aku mempunyai 2 orang best friend yang bernama Kamil dan Farhan...kami amat rapat sehinggakan guru-guru memanggil kami trio atau belangkas...
kami mempunyai sikap dan sifat yang sama iaitu semangat belajar yang tinggi dan buat yang terbaik dalam study...kami buat study group bersama-sama...kami ingin berjaya bersama-sama...Target kami: nombor 1, 2 dan 3 dalam peperiksaan akhir tahun setiap tahun mestilah daripada kami bertiga tidak kira sapa yang dapat asalkan bukan budak perempuan.hehehehe......
kami akan rase resah dan susah hati jika ada antara kami yang tidak perform dalam study..kami akan bantu sedaya upaya kami...hati kami segerak,kami bertiga akan berada bersama di mana-mana program,kelas,tusyen dan aktiviti...itulah sahabat sejati...
Kami berkongsi suka dan duka bersama-sama...dan keluarga kami memang mengetahui kami sahabat...

Walaupun begitu, keluarga Kamil dan Farhan merupakan keluarga yang hidup senang berbanding kehidupan aku...aku sering membandingkan diri aku dengan mereka...ada beberapa benda yang mereka ada tetapi aku tak ada dan mereka selalu bercerita tentang percutian mereka ke sana sini...

Perasaan aku terasa juga dan pernah sekali aku berkata kepada emak dan ayah aku:
'Kamil dan Farhan ada macam-macam la mak ayah...saya nak gak macam diorang ada'
emak aku berkata: 'tak elok kita banding-banding kan diri kita dengan diorang...diorang keluarga senang,kita ni sempit sikit...' aku sedih dan sebak mendengar kata-kata emak aku...
ayah pula berkata :' kau bacalah buku tu elok-elok...semua yang kau nak ada dalam buku tu...esok akan datang ko dapatlah ape yang ko nak...'
ayah aku amat berkias dalam berkata-kata dan aku amat memahami maksud kata-katanya itu...
aku kena belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk berjaya kerana kejayaan dalam pelajaran akan membuahkan hasil dan aku akan dapat apa yang aku nak...
aku memegang kuat kata-kata azimat emak dan ayah aku sehinggakan semangat aku untuk belajar tidak pernah luntur dan rapuh...aku akan pastikan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran untuk mendapat ape yg aku inginkan dan membantu emak dan ayah aku yang bersusah payah untuk aku...
aku pasti dapatkan!

Aku pun menduduki peperiksaan PMR di Tingkatan 3...berdebar-debar rasanya menghadapi peperiksaan ini kerana ini bakal menentukan masa depan aku...setakat ini puas aku memerah keringat maka inilah penentunya....Aku pun menduduk peperiksaan PMR dan mengambil 9 mata pelajaran...Aku belajar bersungguh-sungguh dan aku puas berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang...
Prinsip hidup ku: Doa+Usaha+Tawakkal= Kecemerlangan sentiasa ku pegang...
Hari yang ditunggu-tunggu untuk menduduki PMR telah pun sampai...aku berusaha bersungguh-sungguh menjawab semua 9 subjek tersebut...Insya Allah berjaya...

Saat menanti keputusan PMR amat menakutkan...esok aku akan ke sekolah untuk mengetahui keputusan PMR aku..adakah aku berjaya atau tidak?bagaimankah keputusan aku??

The Journey of the Successor...Siri 1

Di tengah-tengah bandar yang sibuk, kelihatan seorang lelaki jauh di atas pentas dewan yang besar dan gemilang sedang berhujah dan berkongsi ilmu, semangat dan pengalaman di hadapan ratusan orang yang khusyuk mendengar dan memerhati setiap perkataan dan gambar yang yang ditunjukkan dan dikongsi oleh insan tersebut. Perkataan yang keluar dari bibirnya memberikan impak yang besar bagi diri seseorang yang melalui cabaran dan dugaan hidup yang tinggi kerana perkara yang disebutkan itu memberi azimat, pengalaman dan pengajaran serta panduan bagi mereka yang mendengar menempuh kehidupan menjadi seseorang yang berjaya di dunia dan akhirat...

Lelaki yang sederhana tinggi dan tidak kurus dan gemuk jauh di depan itu sedang rancak berkongsi dan bercerita kepada hadirin yang berada di dewan. Suaranya ada kalanya tinggi dan adakalanya rendah membuatkan orang yang mendengar khusyuk dan sekali sekala ketawa kerana lucu dan gembira....

Sedang khusyuk mendengar ceramah dan celoteh lelaki tersebut yang dikenali sebagai Faizul,tiba-tiba seorang hadirin bangun dan bertanya kepadanya...Bolehkah abg ceritakan dari awal perjalanan hidup abg sehingga abg telah berjaya menjadi sebegini?

Faizul terdiam sejenak...seluruh dewan menjadi senyap sehinggakan sekeping kertas yang jatuhpun dapat didengari...Setiap yang duduk dalam dewan berdebar-debar menunggu Faizul membuka mulut...

Faizul kelihatan berjalan turun dari pentas sambil memegang microphone menuju ke arah hadirin...
Sambil tersenyum...dia berkata...saya tak akan menghampakan permintaan kamu semua agar kamu juga mampu menghadapi segalanya...

Setiap mata tertumpu ke wajah Faizul, jejaka yang cerah, suka tersenyum dan sopan gerak gerinya...

Faizul pun memulakan kisah perjalanan hidupnya....

The Journey of the Successor (Pengembaraan Si Pengembara)

Mulai hari ini, saya akan menulis blog bagi menceritakan kisah perjalanan kehidupan seorang insan yang boleh dijadikan pengalaman, panduan dan pengajaran kepada kita semua...seorang insan yang lahir dari satu keluarga yang menghadapi pelbagai cabaran. Namun, dari kecil sehinggalah dewasa,dia tempuhi, redahi dan lalui semua itu kerana dia yakin dan percaya kebahagiaan dan kejayaan telah menunggu di sana bersama pertolongan Allah....Segala aspek cabaran telah dilalui dan akan diceritakan di sini. Perjalanan ini bakal menyentuh setiap pembaca dan membuatkan setiap lapisan umur dari remaja, belia, dewasa, mak ayah dan semua lapisan tidak akan lekang mengikuti cerita perjalanan ni kerana perjalanan ini merangkumi semua aspek kehidupan dan lapisan umur dari usia kanak-kanak,remaja, sekolah menengah, alam universiti, alam kerjaya, perhubungan insan, kekeluargaan, kewangan dan sebagainya...Hayatilah kisah perjalanan ini bukan hanya dengan mata yang kasar tetapi dengan mata hati yang halus kerana melaluinya lah akan tersingkap segala yang tersirat...Selamat melayari perjalanan ini...

Gaya Hidup Sihat....

Ramai orang sekrang ni menghadapi pelbagai masalah dan diserang dengan pelbagai penyakit...
kenapa?
sb kita tak mengamalkan gaya hidup sihat..
cam mane?
mudah aje...
makan ikut piramid makanan,senang aje...kurangkan manis,gula dan lemak dalam makanan...
senaman sekurang-kurang2 nya 3 kali seminggu tak kurang 15 minit...

sayangilah diri anda...

chillss broo...

Kehidupan mesti ceria dan gembira selalu....

Setiap orang inginkan kehidupan yang sentiasa gembira dan ceria...memang tak dapat dielakkan setiap orang mempunyai masalah dan stress dalam hidup bro...tapi...ape yang penting cam ne kita handle stress tersebut dan kekalkan kehidupan yang gembira dan ceria...hati yang tenang dan damai...

always chill bro....