Sunday, 12 May 2013

The Journey of the Successor (Pengembaraan Si Pengembara)

Mulai hari ini, saya akan menulis blog bagi menceritakan kisah perjalanan kehidupan seorang insan yang boleh dijadikan pengalaman, panduan dan pengajaran kepada kita semua...seorang insan yang lahir dari satu keluarga yang menghadapi pelbagai cabaran. Namun, dari kecil sehinggalah dewasa,dia tempuhi, redahi dan lalui semua itu kerana dia yakin dan percaya kebahagiaan dan kejayaan telah menunggu di sana bersama pertolongan Allah....Segala aspek cabaran telah dilalui dan akan diceritakan di sini. Perjalanan ini bakal menyentuh setiap pembaca dan membuatkan setiap lapisan umur dari remaja, belia, dewasa, mak ayah dan semua lapisan tidak akan lekang mengikuti cerita perjalanan ni kerana perjalanan ini merangkumi semua aspek kehidupan dan lapisan umur dari usia kanak-kanak,remaja, sekolah menengah, alam universiti, alam kerjaya, perhubungan insan, kekeluargaan, kewangan dan sebagainya...Hayatilah kisah perjalanan ini bukan hanya dengan mata yang kasar tetapi dengan mata hati yang halus kerana melaluinya lah akan tersingkap segala yang tersirat...Selamat melayari perjalanan ini...

1 comment: