Wednesday 30 March 2016

Usia Remaja tak ternilai

Setiap manusia akan melalui zaman remaja. zaman remaja merupakan usia dari 10 sehingga 19 tahun. Selepas tu, seseorang itu digelar belia.

Banyak suka duka dan cabaran sepanjang melalui zaman remaja ni. Setiap aspek kehidupan penuh dengan rintangan dan cabaran..Namun, adik2 sekalian perlulah mempunyai hati dan jiwa yang kuat untuk berhadapan dan mengatasi masalah ini.

Tidak ada masalah dan cabaran yang tidak boleh diatasi..yang penting adik2 semua perlu kawal emosi, tenang dan rapatlah dengan orang yang lebih matang...adik2 akan dapat melaluinya...

dari aspek kesihatan, seseorang remaja itu perlulah sihat dalam 5 perkara ini:

Sihat Fizikalnya ----> tak berpenyakit

Sihat Mentalnya -----> tak stress, murung dan lain-lain


Sihat dari aspek Seksual dan Reproduktif -----> tak buat seks bebas dan luar nikah


Pemakanan yang sihat----> makan mengikut kuantiti dan zat makanan yg betul...bukan main sebat je hahaha


Sihat daripada tingkah laku berisiko tinggi----> tak merokok, tak vape, tak minum arak, tak main dadah, tak merempit dan lain2 lagi....



Oleh itu, hargailah masa usia remaja dan gunakanlah sebaik mungkin zaman remaja adik2 sekalian...

Remaja Sihat dan Sado! hehehe...

Salam sayang...

Abg Fiq

Wednesday 9 March 2016

Sado trend jejaka masa kini...

Kalau kita pergi ke mana-mana, pasti akan kelihatan at least sorang lelaki sado...
menjadi seorang lelaki sado ibarat dah menjadi seperti matlamat setiap lelaki masa kini lagi2 golongan muda... malah remaja di sekolah pun berlumba2 nak jadi lelaki sado...
ramai lelaki yang sanggup mengeluarkan duit dan menghabiskan masa di gym atau tempat rekreasi untuk membentuk badan mereka menjadi sado dan taf...

Bila jumpa budak2 muda sekarang, diorang selalu tanya cam ne nak jadi sado?
soalan yang biasa yang saya dengar...

bila tanye nape nak jadi sado? diorang jawab, baru nampak smart..tak kurang gak kate jadi sado nanti awek ramai nak kat kite...

macam2 la korang ni hahhahaha

budaya lelaki sado semakin menjadi trend zaman sekarang sehingga baju2 khas direka untuk golongan lelaki sado...

budaya menjadi sado ni bagus sebenarnya kerana ini membuatkan diri seseorang itu aktif bersukan dan akhirnya badan menjadi sihat cergas dan kuat. budaya ini yang kita inginkan dalam masyarakat malaysia ini...

nak jadi sado no problem tapi ingat, pastikan cara nak jadi sado itu betul.
jangan terlalu taksub dan kejar nak cepat jadi sado sehingga diri yang terkorban sebab cara yang salah. ramai gak yang ambil macam2 supplement dan hormon untuk jadi sado cepat...ada sebahagian supplement dan hormon yang terdapat di pasaran ini tak sepatutnya di ambil kerana boleh membahayakan kesihatan...

so jadilah sado dengan cara natural dan original iaitu dengan tidak mengambil supplement tapi makan makanan biasa mengikut kuantiti yang sepatutnya...

Jangan marah hahahaha

teruskan jadi sado okeyh!