Sunday 3 May 2015

Myvi dan 3 nyawa yang melayang....

kejadian kemalangan yang melibatkan kematian sepasang suami isteri dan seorang bayi serta menjadikan 2 kanak-kanak anak yatim piatu di KL baru-baru ini amat menyedihkan...kemalangan yang dikatakan berpunca daripada perlumbaan kereta Myvi ini telah mencetuskan kemarahan dan tidak puas hati masyarakat...
Kemalangan jalan raya mengakibatkan ramai yang terbunuh, cedera parah dan sakit...boleh dikatakan, setiap hari di hospital pasti ada pesakit yang datang sebab kemalangan jalan raya terutamanya golongan motosikal. yang menyedihkan golongan motosikal ini bdk2 muda lagi yang amat bernilai dan penting untuk bekerja dan produktiviti maasyarakat dan negara...
Kadang2, kemalangan tu bukan disebabkn orang yang memandu kenderaan tu sendiri,pemandu dah bawak kereta elok2 tetapi orang lain lak yang bawak kenderaan x berhati2 sehingga melanggar dan melibatkan kita dalam kemalangan tersebut, saya beberapa kali terlibat dalam situasi ini...dan kemalangan yang melibatkan Myvi dan kehilangan jiwa ini amat menyedihkan...
persoalannya, kat mana silapnya?
banyak faktor sebenarnya tapi yang penting adalah sikap yang membawa kenderaan sendiri tak kesahlah kereta ke moto ke lori ke basikal ke....kalau setiap orang bawak kenderaan tu memikirkan keselamatan diri dan orang laen semasa memandu pasti perkara ini dapat dielakkan...bile bawak kenderaan tu kite pikirkan orang2 laen yang di sekeliling kita tu keluarga kita yang kita tak nak mereka pun kemalangan apalagi terkorban...
Jom kita same2 bersopan santun masa bawak kenderaan...
bila bawak kenderaan, anggaplah orang2 laen yang di sekeliling kita tu mak ayah dan keluarga kita sendiri yang pasti kita tak nak terjadi apa2 kat diri mereka...
Kita boleh lakukan perubahan positif tu ok!

Tuesday 14 April 2015

Walk alone...

Seseorang yang berdiri dan struggle for the best dan for the right akan keseorangan dan bersendirian...Setiap orang akan begitu...Itulah lumrah seseorang yang struggle, berjuang dan berusaha for the right...
Itulah lumrah hidup yang telah Allah tetapkan...
Tapi realitinya nampak keseorang tetapi hakikatnya tidak keseorangan kerana Allah sentiasa bersama...
Tatkala Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi dalam gua masa dikejar kafir quraisy dalam perjalanan berhijrah....Rasulullah berkata; jangan bersedih dan takut, sesungguhnya Allah bersama kita...
Sabarlah dan tabahlah wahai hati2 yang berjuang dan terasa keseorangan...
Love u Tun M...

Hidup makin mencabar

Kehidupan pada masa ini amat mencabar sama sekali lebih-lebih lagi bagi orang-orang muda...
Pendapatan yang cukup2 makan ditekan lagi dengan harga barang yang semakin naik amat menekan hidup kita...
hidup diu bandar lagi teruk, sewa bilik aje dah RM 350 sebulan paling kurang...minyak motor dan kereta lagi dan jalan aje ke mana2 banyak yang kena tol..
itu belum lagi soal makan dan minum serta belanja pakaian dan keluarga...memang amat mencabar...
ini pasti memberikan tekanan kepada kita semua malah jalan penyelesaian nampaknya tiudak kelihatan...apa nak buat?
saya dan yang lain2 amat merasakan perkara ini...

namun, kita kena sentiasa kuat dan cekal...yang paling penting kita kene kawal dan handle emosi dan mental kita supaya x dapat masalah darah tinggi atau sakit mental sebab tekanan ni...

langkah pertama kita kene cool dan senyum selalu...lepas kan stress tu dgn berbual dgn ahli keluarga atau rakan2.. solat dan doa banyak2 pada Allah..
kedua...pastikan setiap hari buat senaman, jogging, main bar atau maen gym hehehehe...
ketiga barulah pikir cam ne nak selesaikan cabaran2 hiudup yang menekan nie...
yang penting mental dan emosi kita kene setel dulu...kalu x setel memang x dapat aa nak handle dan selesaikan cabaran2 nie...

sharing is caring :)

Sayang korang

Dr Fiq