Friday, 23 September 2011

Exam hampir tiba....

Lebih kurang seminggu lagi para pelajar form3 akan menduduki PMR....dan beberapa minggu lagi form 5 akan menduduki SPM...sudah pasti setiap pelajar berasa cemas, risau, gelisah dan pelbagai perasaan lagi dalam menghadapi peperiksaan ini...perasaan begitu ada baiknya kerana ia kan membuatkan diri bersedia dan melihat segala kekurangan yang ada untuk diperbaiki bagi menghadapi peperiksaan tersebut...
perkara pertama yang perlu diketahui oleh pelajar ialah adakah segala persiapan telah dilakukan?dah cover semua subjek?aku dah bersedia ke belum?
semua persoalan ini bermain di fikiran dan boleh menimbulkan perasaan gelabah...
oleh itu, dalam masa yang terdekat ini, teknik belajar yang betul perlu dilakukan...tanya lah kepada mereka yang telah berjaya apakah cara terbaek untuk study dalam masa yang singkat ini utk berjaya dalam pmr atau spm...

para pelajar perlu memastikan bahawa diri telah bersedia dalam beberapa aspek iaitu:
1. spiritual
2. mental/emosi
3. akademik
4. fizikal

namun, aspek spiritual dan mental merupakan aspek yang paling penting kerana jika aspek ni tidak berjaya di penuhi, sejauh mana ulangkaji dan belajar pun, kemungkinan tak leh jawab soalan exam akan ada...ini kerana,pelajar mungkin berasa dah study habis-habisan tetapi jika tidak berdoa,bertawakkal dan hati serta mental tak kuat, pelajar akan blank,resah,gelisah dan gelabah masa menghadapi exam....jika ini berlaku, sudah pasti pelajar takkan dapat menjawab soalan dengan tepat...oleh itu, kuatkan lah aspek spiritual dan mental pelajar sekalian...
saya pasti pelajar sedang bertungkus lumus study dan insya Allah ilmu tu akan difahami tetapi pelajar perlu memantapkan aspek kerohanian iaitu solat jgn ditinggalkan, membaca Al-Quran dan beroda serta bertawakkal lah banyak2...bila Allah dengar permintaan kita, kita akan berasa tenang dan hati berasa lapang sepanjang exam maka bolehlah menjawab soalan dengan tepat...Insya Allah...
Segala-galanya Allah yang akan tentukan...

Ingatlah formula ini

DOA+USAHA+TAWAKKAL= KECEMERLANGAN HIDUP



D'Fir

2 comments: