Monday, 7 July 2014

Semakim ramai yang mengalami masalah mental....

Pagi ini, saya terkejut membaca berita tentang seorang bapa membelasah anaknya yang berusia 17 tahun sampai mati. Anaknya ingin bekerja membantu adik-adiknya tapi dibelasah sampai mati oleh ayahnya...
Saya amat tersentuh dan sedih dengan perkara ini...

Ramai remaja di luar sana sebenarnya yang hidup dalam keadaan yang sempit malah mereka berdikari mencari rezeki sendiri...saya sedih dan kadang kala menitiskan air mata bila melihat adik2 muda usia belasan tahun ini membanting tulang dan memerah keringat mencari rezeki untuk duit belanja diri mereka sendiri malah adik-adik mereka...

Saya pernah bertanya kepada mereka ini: ' Nape korang keje? patutnya korang belajar atau enjoy main2 dengan kawan2 korang'
Diorang menjawab: 'Nak buat cam ne bang...duit tak cukup...saya nak gak beli barang-barang macam kawan saya ada...duet belanja ayah dan mak bagi pun tak cukup nak buat makan....
Begitulah sebahagian daripada kata-kata diorang masa saya berborak2 dgn diorang...
Jauh di sudut hati betapa sedih saya tengok adik2 nie....

Kembali kepada kes ini, saya yakin arwah ini budak yang baik sb ikutkan mana ade budak2 muda yang nak bekerja pada usia begini kalau boleh...tapi mereka akan bekerja bila keadaan terpaksa dan mendesak...
Tapi, apa yang dilakukan oleh si bapa amat di luar jangkaan...si bapa patutnya bersyukur ada anak yang baik sebegini...

Saya berpendapat mungkin bapa tersebut mempunyai tekanan dan stress sehingga mengganggu kesihatan mentalnya. Ini menyebabkan dia bertindak di luar kawalannnya tanpa kewarasan yang normal.

Sumber terkinin menunjukkan bahawa pada masa ini ramai rakyat Malaysia yang mempunyai stress dan mengalami masalah kesihatan mental. Keadaan ini dijangkakan bertambah teruk pada masa akan datang dengan jumlah rakyat yang mempunyai tekanan mental dan masalah kesihatan mental meningkat...
Ini disebabkan oleh tekanan kehidupan, tekanan kerja, tekanan keluarga, tekanan kewangan dan beberapa sebab lain...
Mereka tidak tahu bagaimana kaedah terbaik untuk mengurangkan stress dan tekanan ini.
Oleh itu, pelajarilah teknik mengawal stress dan tekanan serta dapatkan bantuan orang lain bagi mengurangkan tekanan dan stress anda. Anda boleh ke klinik berjumpa dengan doktor bagi mempelajari kaedah dan teknik mengatasi dan mengurangkan stress...

Amalkan Gaya Hidup Sihat...



No comments:

Post a Comment